Selasa, 19 April 2016

'Suka Hati Aku La Nak Buat Apa!' - Ayu Minah Rempit


Video seorang remaja perempuan melakukan aksi 'superman' di atas motosikal viral di media sosial baru-baru ini.

Tindakannya itu dikritik oleh netizen yang menganggap aktiviti itu tidak kena dengan gadis bertudung dan boleh memalukan agama Islam. Lebih teruk, ada yang mengaitkannya sebagai seorang bohsia dan GRO.

Berang dengan dakwaan dan cemuhan segelintir netizen, perempuan terbabit, Angah Ayu, tampil menjawab dan memberikan penjelasan.

Bukan nak bangga pun. Yang kena viral, aku, muka aku. Aku yang malu, bukan korang pun. Yang bertudung tu nak lebih-lebih apa hal? Kehebatan kau sebenarnya di sebalik tudung itu. 

Jangan nak sembang adab dengan aku kalau kau pun tak berapa nak betul atas tutup, bawah buka. Jangan kerja nak jaga tepi kain orang. Aku tak kacau life kau pun. Suka hati akulah nak buat apa. Aku yang up, kau yang panas. 

Orang takkan ada rasa hormat dengan kita ini sebagai perempuan kalau mulut atas bawah terbuka tahu tak? Biar jadi diri sendiri daripada menyamar sebagai syaitan bertopengkan manusia. Yang penting aku tak jual maruah aku. Aku jual bakal aku saja.

Yang mana nak sekolahkan aku itu, boleh sangat-sangat mari depan-depan. Ipoh tempat aku duduk. Kalau jadi family keluarga korang baru ada akal. Mak bapa aku pun tak pernah halang apa aku buat sebab mak bapa aku tahu aku macam mana. 

Jangan sesuka hati kata aku GRO, bapa aku tak reti jaga anak. Kalau diorang tak reti jaga aku, baik diorang picit hidung aku waktu kecil dulu sampai mati. Tak payah korang nak cakap kecil-kecil tak nak mampus dah besar menyusahkan orang. 

Aku tahu apa yang aku buat. Aku tak susahkan mak bapa aku sebab aku dah pun hidup berdikari, berpijak di bumi yang nyata, berani kerana benar. Jangan ingat aku pakai baju tak cukup kain, tak ingat hukum hakam agama. Yang suka menilai orang dari luaran itu lagi teruk dan hina tahu? 

Melayu jangan nak banggakan orang luar saja. Support anak Melayu untuk terus harumkan nama negeri kita. Bukannya nak kondem orang sana sini, cara kau tak betul nak cakap orang. Bila tengok gadis luar masuk track, korang tak kondem pula. Bila aku nak masuk track, pergh! Mulalah mengata anak Melayu bodohlah, apalah.

Habis tu, kau apa? Bangla ke? Jangan jadi bingai serupa babi baby baru nak belajar bercakap. Kira bertuah aku tak mention nama kau. Panjang aku typing ini, harap buka mata orang yang kondem bangsa sendiri. Jadi manusia biar tengok diri sendiri dulu. Jangan nak tengok kain orang, hakikatnya kain sendiri terkoyak.

Tindakan pengguna motosikal melakukan aksi berbahaya seperti ini jelas sekali telah melanggar peraturan jalan raya. Meskipun alasan minat dan bakat, ianya tidak menghalalkan aktiviti itu kerana ia boleh menyebabkan kehilangan nyawa serta mendatangkan masalah kepada pengguna jalan raya yang lain.

Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sewajarnya mengambil tindakan terhadap pelaku ini, memandangkan bukti dan pengakuan sudah dibuat.

Video Angah Ayu tunjuk skill


0 ulasan:

Catat Ulasan