Sabtu, 17 September 2016

Wanita Ini Cerita Beliau Di Intai Lelaki Dalam Tandas Awam - AWAS WANITA !


Kalau dulu, biasa baca cerita-cerita orang. Hari ini, 16 September 2016 di mana diri saya sendiri mengalaminya. 

Girls, kalau tandas awam yang bercampur lelaki dengan perempuan, tak payah masuk. Tahankan saja niat nak membuang. Baru sebentar tadi saya diintai semasa berada dalam tandas di Leha Kelfood, Taman Melati.

Saya terpaksa masuk toilet cangkung atas faktor kebersihan. Si pelaku yang tak guna itu panjat tandas duduk di sebelah untuk mengintai saya dan melepaskan nafsu serakahnya. 

Ya Allah, marahnya! Lebih kesal lagi bila tak dapat tahu siapa pelakunya. Mujur saya sempat sedar ada kelibat rambut di sebelah atas pembahagi tandas. Alhamdulillah Allah masih membantu. Saya sempat menjerit sekuat hati dalam tandas itu. 

Dua kali saya menjerit. Jeritan pertama, si pelaku itu enggan mengalah dan dia masih kaku di tandas sebelah. Kali kedua, memang saya menjerit sehabis boleh membuatkan si pelaku itu lari tak cukup kaki. Selipar pun tak sempat pakai meninggalkan tempat itu. 

Apa yang berlaku itu benar-benar membuatkan saya trauma untuk menggunakan tandas awam di masa akan datang. Sudah tiada istilah suami kena temankan dan tunggu di luar tandas. Bawa saja suami masuk ke tandas sekali. Individu yang bertopengkan manusia ini takkan mengira waktu dan tempat untuk melakukan perbuatan keji seperti ini. Jenis yang asal boleh. Muka dan jasadnya jelas adalah manusia tetapi perangainya macam *********!

Pemiliknya sudah meminta maaf dan dia sendiri tidak menjangka perkara seperti ini akan berlaku. Malah dia akan block dinding pembahagi tandas agar tiada ruang untuk mengintai. 

Saya harap golongan wanita lebih berhati-hati. Orang jenis sangap ini ada di mana-mana sahaja. -Liyana Zaki | The Reporter

0 ulasan:

Catat Ulasan